bisnes

Supermax umum Rafidah letak jawatan

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Supermax Corporation Bhd mengumumkan peletakan jawatan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusinya, semalam.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Supermax berkata, peletakan jawatan Rafidah ‘bersifat peribadi’.

Menurut kenyataan itu, peletakan jawatan berkenaan berkuat kuasa mulai Sabtu lalu.

Beliau dilantik sebagai pengerusi syarikat berkenaan pada 2015.

Rafidah yang pernah bertugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, masih memegang jawatan sebagai Pengerusi bagi AirAsia X Bhd, Megasteel Corporation dan Pinewood Iskandar Malaysia Studio.

Disiarkan pada: April 17, 2018 @ 1:32am
d