bisnes

Komited bangun staf Fonterra

Shah Alam: Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd komited dalam membangunkan kakitangannya sebagai usaha menjadi syarikat tenusu yang paling pesat berkembang dan membantu dalam meningkatkan kesihatan rakyat di negara ini.

Pengarah Sumber Manusianya, Andrew Ng berkata, kakitangan adalah satu daripada tiga komponen penting dalam rangka kerja yang digariskan jenama Fonterra bagi operasi perniagaannya di seluruh dunia.

“Kami melaksanakan tiga strategi penting untuk mencapai matlamat ini seperti aktiviti pengukuhan di peringkat kepemimpinan, pembabitan kakitangan dan pembangunan keupayaan yang akan membantu dalam menjadi organisasi berprestasi tinggi pada masa depan,” katanya pada Bisnes Metro.

Beliau berkata, pembabitan kakitangan adalah aspek penting di mana syarikat itu melakukan tinjauan dikenali MYSAY secara tahunan bagi mendapatkan maklum balas daripada kakitangan mengenai perkara yang perlu dipertingkatkan.

“Kami menganjurkan program pengiktirafan pekerja Everyday Heroes yang membenarkan semua individu mengiktiraf rakan sekerja dengan berdasarkan empat nilai Fonterra iaitu semangat kerjasama, pastikan ia berlaku, lakukan apa yang betul dan mencabar sempadan,” katanya.

Disiarkan pada: April 23, 2018 @ 10:23am
d