bisnes

Konsep taman biodiversiti Gamuda

Oleh Nabil Basaruddin

Petaling Jaya: Gamuda Bhd (Gamuda) menerusi cabang hartanahnya, Gamuda Land dalam perancangan untuk melaksanakan projek biodiversiti di seluruh projek perbandaran miliknya yang menawarkan suasana alam semula jadi kepada penghuninya.

Timbalan Pengarah Urusan Gamuda, Mohammed Rashdan Mohd Yusof berkata, dengan membangunkan projek biodiversiti itu ia akan memberi nilai tambah, sekali gus mewujudkan suasana dalam bandar yang lebih tenang dan selesa.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalin usaha sama dengan beberapa pakar untuk membangunkan konsep taman dalam bandar itu seperti pakar flora dan fauna, hidrologi dan landskap.

“Aspek penting dalam pembangunan perbandaran ialah memahami apa yang perlu dibangunkan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni dan memberi nilai kepada penghuninya.

“Selain untuk mewujudkan suasana alam semula jadi, ia juga adalah usaha membina biodiversiti yang dapat menarik perhatian spesies tumbuhan dan haiwan,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Hari Diversiti Biologi Antarabangsa dan pelancaran Gamuda Park di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi Gamuda Park, Khariza Abd Khalid.

Disiarkan pada: May 23, 2018 @ 1:24am
d