bisnes

Beli donut, dapat baucar

Oleh Hamizah Badiran

Kuala Lumpur: Bermula esok, pembelian enam atau 12 biji donut Big Apple Donuts & Coffee (Big Apple) membolehkan pelanggan mendapat pek sampul duit raya serta baucar RM1.

Baucar bernilai RM1 di belakang sampul terbabit, pelanggan akan menerima enam sampul jika membeli enam biji donat serta 12 sampul untuk pembelian 12 biji donat.

Penolong Pengurus Pemasaran Big Apple Interasia Sdn Bhd, Jonathan Yong berkata, promosi khas diadakan sempena Ramadan dan kehadiran Syawal ini untuk pelanggan jenama donat tempatan itu.

“Menerusi promosi ini, pelanggan mendapat satu pek mengandungi enam sampul duit jika membeli sekotak berisi enam biji donat manakala dua pek sampul duit raya dengan pembelian 12 biji donat.

“Setiap pek sampul duit raya tertera lukisan kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang makan donat dan minum kopi Big Apple kegemaran mereka.

“Di bahagian belakang setiap satu sampul duit raya itu pula terdapat baucar RM1 yang boleh digunakan pelanggan pada pembelian seterusnya yang bernilai RM10 dan ke atas di Big Apple," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengarah Urusan Big Apple Interasia Sdn Bhd Keiji Sunami, pula berkata, Big Apple turut memperkenalkan 36 perisa baru donat sempena 11 tahun pembabitannya dalam sektor makanan dan minuman.

Dihasilkan segar selain menggunakan bahan berkualiti tinggi yang mempunyai pengesahan halal, ia memberikan keyakinan kepada peminat setia donat Big Apple untuk merasai kelazatan setiap jenis donat yang disediakan.

Sunami berkata, orang ramai kini mempunyai pilihan donat yang enak sama ada perisa buah-buahan, coklat, rangup (kacang) dan berkrim.

“Kami mempunyai kakitangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri yang melakukan kajian terhadap setiap perisa baru yang hendak dihasilkan berdasarkan kegemaran atau permintaan pelanggan serta pasaran.

“Selepas tiga tahun penyelidikan, kami berjaya hasilkan 36 perisa baru yang menepati cita rasa tempatan.

“Antaranya, bagi penggemar durian, kami menyediakan donat D Dua Empat yang mengandungi krim durian 24 (D24) manakala rasa asli pandan dengan campuran coklat putih serta kelapa boleh dinikmati melali donat Pandan Bear," katanya.

Perisa lain yang boleh dicuba ialah Banana Twist, Mango Jango, Kiwi Crush, Brunelle, Ruby Strawberry, Love Lava, Mindy Mint, Sweet Spot, Mocha Delight, Crunchy Crumble, Sunny-Side-Up dan Sweet Dream, Creamo Cheese, Caramello, Peter Butter, Oh La Oreo, Ivory Rose, Roli Poli, Stella Nutella, Her Majesty, Fling Flang, D-Rex, Slam Dunk, Koko Kruncho, Hunky Chunk, Almond Ring, Co Co Jo, Candy Blast, Super Cluster, Misu Choco, Swiss Robinson, Al Moon, Cranberry Crown dan Tweety Sweety.

Tawaran promosi berkenaan sah di semua 87 outlet Big Apple di seluruh negara.

Selain itu, satu kotak berisi enam biji donat berharga RM16 manakala RM30 untuk 12 biji donat tetapi bermula Jun ini, ia masing-masing berharga RM15.10 dan RM28.30.

Di Sabah dan Sarawak pula, satu kotak berisi enam biji donat berharga RM18 manakala RM33 untuk 12 biji donat tetapi bermula Jun ini, ia masing-masing berharga RM17 dan RM31.

Pelanggan di Labuan boleh membelinya pada harga RM17 dan RM31.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Big Apple Donuts & Coffee - Malaysia atau www.bigappledonuts.com.

Disiarkan pada: May 27, 2018 @ 1:21pm
d