bisnes

CJ WOW SHOP 24 jam di rumah

Oleh Sofyan Rizal Ishak

Kuala Lumpur: CJ WOW SHOP, destinasi beli-belah inovatif di Malaysia bekerjasama dengan Unifi iaitu perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi utama negara untuk memperluaskan capaiannya ke lebih ramai isi rumah di negara ini.

Kerjasama itu membolehkan rangkaian beli-belah di rumah terbabit memanfaatkan potensi lebih satu juta pelanggan Unifi melalui platform TV dan penstriman videonya iaitu unifi TV.

Bermula 1 Jun 2018, pelanggan Unifi TV boleh mengikuti saluran 104 bagi menonton program beli-belah CJ WOW SHOP di rumah selama 24 jam dan mengikutinya di mana-mana saja melalui aplikasi mudah alih Unifi PlayTV.

Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOWSHOP, Kim Yang Hyun berkata, kerjasama itu meletakkan jenama terbabit sebagai rangkaian beli-belah di rumah paling mudah diakses di Malaysia.

Disiarkan pada: June 7, 2018 @ 9:42am
d