bisnes

Nor Shamsiah dinamakan Gabenor Bank Negara

Oleh Bloomberg

DATUK Nor Shamsiah Mohd Yunus dinamakan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), lapor Bloomberg.

Nor Shamsiah, yang menjadi Timbalan Gabenor BNM selama enam tahun sehingga November 2016, akan menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletakkan jawatan awam bulan ini selepas beberapa persoalan dibangkitkan mengenai peranan bank pusat itu dalam satu urus niaga berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Muhammad kurang daripada separuh tempoh lima tahun perkhidmatannya ketika beliau meletakkan jawatan.

Jurucakap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pelantikan itu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan Gabenor dibuat pada masa pergolakan politik terbesar Malaysia dalam tempoh beberapa dekad susulan kemenangan tidak dijangka parti dipimpin Dr Mahathir pada pilihan raya bulan lalu.

Antara langkah pertama yang diambil Dr Mahathir ialah membuka semula siasatan ke atas 1MDB, dana pelaburan milik kerajaan yang dibelenggu siasatan rasuah berbilion dolar di seluruh dunia.

Disiarkan pada: June 22, 2018 @ 3:22pm
d