bisnes

Yale perkenal kunci pintu pintar

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Assa Abloy, peneraju penyelesaian pembuka pintu jenama Yale memperkenalkan kunci pintu pintar dan aplikasi pautan Yale yang memenuhi keperluan pasaran.

Kunci pintu pintar Yale memberi kebebasan kepada pemilik rumah untuk menjaga keselamatan harta tanpa perlu membawa kunci yang banyak.

Pengarah Urusannya, Aravind Karthigesu berkata, pihaknya berusaha mereka bentuk dan membangunkan produk terbaru demi keselesaan dan ketenangan kepada pemilik rumah dalam menjaga keselamatan hak milik mereka.

“Kami terus mengukuhkan penawaran mekanikal yang menjadi tulang belakang jenama ini dan kami sedar pasaran kini semakin berubah dan berharap dapat mengembangkan penawaran kunci pintu pintar.

“Industri ini memerlukan inovasi untuk terus kekal relevan dan ia adalah matlamat kami di Yale yang melakukan pembangunan produk menarik dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Aplikasi Pautan Yale dibangunkan teknologi Internet saling berhubung atau (Internet-of-Things) yang membolehkan pengguna mengakses dan membuka kunci pintu digital menggunakan telefon pintar.

Disiarkan pada: July 18, 2018 @ 9:09am
d