bisnes

Huawei Nova 3i mula dijual

Oleh Afiq Hanif

HUAWEI mula menjual model Huawei Nova 3i secara rasmi pada harga RM1,249.

Lebih menarik, Huawei turut menawarkan pelbagai diskaun daripada rakan kongsi bernilai RM1,000 sekiranya pengguna membeli telefon pintar ini.

Huawei Nova 3i mempunyai empat kamera iaitu dua di depan serta dua lagi di belakang.

Kamera depan menggabungkan lensa 24 megapiksel dan 16 megapiksel.

Manakala kamera belakang pula menyaksikan ia mempunyai lensa 24MP+2MP.

Uniknya, Huawei membawakan fungsi kecerdasan buatan (AI) pada kamera depan dengan lapan senario, antaranya langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas, malam dan wajah.

Model telefon pintar Nova 3i menggunakan pemprosesan Kirin 710 iaitu 4 x cortex A73 2.2GHz+ 4 x cortex A53 1.76GHz dengan RAM 4GB dan ROM tersedia 128GB.

Nova 3i mempunyai skrin 6.3 inci FHD+ iaitu enam peratus lebih besar berbanding Nova 2i berasaskan nisbah skrin 19.5:9 (2340 x 1080).

Skrinnya lebih cerah berbanding Nova 2i dengan 85 peratus warna NTSC gamut. Jika Nova 2i mempunyai nisbah-ke-badan 76 peratus, Nova 3i pula 81 peratus.

Pengguna boleh mendapatkan Huawei Nova 3i di

https://shop.huawei.com/my/product/18060458796631.html#18060079083158

Disiarkan pada: August 1, 2018 @ 8:17pm
d