bisnes

Huawei berada di kedudukan kedua

Oleh Nabil Basaruddin

Kuala Lumpur: Huawei yang berpangkalan di China berada di kedudukan kedua di belakang Apple, sekali gus mengukuhkannya dalam senarai telefon pintar global pada suku kedua tahun ini, menurut angka yang dikeluarkan International Data Corporation, Selasa lalu.

Sementara itu, gergasi elektronik pengguna Korea Selatan, Samsung kekal sebagai pengeluar utama telefon pintar dengan penghantaran 71.5 juta telefon, manakala Huawei dengan penghantaran 54.2 juta telefon berdasarkan IDC Worldwide Quarterly Mobile Phone Tracker.

Apple yang berasal dari Lembah Silikon itu menghantar 41.3 juta iPhone, mendakwa ia memiliki 12.1 peratus pasaran global berbanding 20.9 peratus bagi Samsung dan 15.8 peratus pula adalah Huawei.

Ia adalah kali pertama sejak awal 2010, Apple kini tidak lagi menjadi salah satu daripada dua tempat teratas dalam pasaran telefon pintar, menurut IDC.

Naib Presiden IDC Worldwide Mobile Device Tracker, Ryan Reith berkata, pertumbuhan berterusan Huawei disifatkan sebagai mengagumkan, khususnya kemampuan untuk masuk ke dalam pasaran yang jenamanya kurang dikenali.

Disiarkan pada: August 2, 2018 @ 10:40am
d