bisnes

Boleh tempah Samsung Note 9 hari ini

Oleh Afiq Hanif

SAMSUNG Galaxy Note 9 akan dijual secara rasmi di Malaysia pada 24 Ogos ini dengan pra tempahan bermula 10 Ogos.

Note 9 akan dijual pada harga RM4,599 (8GB+512GB) dan RM3,699 (6GB+256GB).

Pembeli di Malaysia akan menerima Samsung Galaxy Gear Watch secara percuma.

Empat warna ditawarkan iaitu hitam, metalik, biru dan ungu.

Berasaskan bateri 4000mAh, S Pen terus menjadi nadi dengan fungsi ditambah bluetooth untuk beberapa kegunaan.

Ia ditampil dengan dua lensa pada kamera, satu sudut lebar dan satu lagi telefoto pada resolusi 12MP+12MP.

Kamera depan pula 5MP pada f1.7.

Malaysia akan menerima peranti berasaskan Exynos 9810 dengan skrin 6.4 inci quad HD+ Super AMOLED.

Note 9 tidak lagi memerlukan DEX untuk sambungan ke TV atau monitor apabila ia dihubung terus dengan kabel USB-C.

Note 9 menggunakan audio jenis AKG Harmon dan dikatakan sangat sesuai bermain game.

Note 9 yang juga IP68 ini termasuk S Pen mempunyai perubahan kamera apabila lensa mampu mengesan imej kabur dan mata tertutup.

Disiarkan pada: August 10, 2018 @ 1:44am
d