bisnes

PCG lancar 10 jenama baru

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) melancarkan 10 jenama baru untuk produk isononanol, polimer dan inhibitor syal bagi terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran serantau.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Datuk Sazali Hamzah berkata, pihaknya positif dengan projek pertumbuhan semasa dan akan datang bagi memperkukuh kedudukan PCG sebagai peneraju pasaran serantau.

Katanya, PCG melangkah keluar meneroka segmen kimia khusus dan mempelbagaikan portfolio untuk kepentingan masa depannya.

“Projek ini akan meningkatkan kapasiti kami daripada 12.7 juta mtpa sekarang menjadi 14.6 juta mtpa menjelang 2020,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan di sini.

Pada masa ini, PCG sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk fasa pertumbuhan melangkaui 2020 dalam rantaian nilai hiliran selanjutnya di kemudahan pengeluaran sedia ada.

Disiarkan pada: September 3, 2018 @ 12:00pm
d