bisnes

300 tempah Proton X70 sehari

Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diperkenalkan Proton Holdings Bhd dengan kerjasama Zhejiang Geely Holding Group dari China, menerima 200 hingga 300 tempahan sehari sejak ia dilancarkan secara rasmi dua minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa berkata, lebih 60 peratus tempahan adalah untuk variasi premium yang menunjukkan pembeli tertarik dengan ciri-cirinya dan tahap peralatannya dan berpandangan ia berbaloi.

“Sokongan kukuh itu berterusan dan ini adalah maklum balas terbaik diterima Proton,” katanya pada majlis makan malam media, kelmarin.

Pembuat kereta nasional itu mencatatkan lebih 15,000 tempahan selepas kempen prapelancaran untuk SUV pertamanya.

Dilancarkan pada
12 Disember, SUV itu ditawarkan dalam empat varian.

Proton dan Geely bercadang mengeluarkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) di kilang Proton di Tanjung Malim sebagai pemasangan tempatan (CKD) tahun depan dengan pelaburan RM1.2 bilion. – BERNAMA

Disiarkan pada: December 30, 2018 @ 12:02am
d