bisnes

Lancar skim milikan mudah

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Sunway Property melancarkan Super 5 iaitu skim pemilikan kediaman mudah sebagai salah satu langkah membantu orang ramai membeli rumah.

Pengarah Urusan Sunway Bhd (Bahagian Pembangunan Hartanah bagi Malaysia dan Singapura), Sarena Cheah berkata, Skim Super 5 membolehkan pembeli membayar RM5,000 bagi memiliki unit dan pelan ansuran fleksi untuk jumlah berbeza.

Beliau berkata, bagi membantu pemilikan kediaman, skim berkenaan turut menawarkan 95 peratus jaminan pembiayaan bagi pembeli yang layak dengan kadar faedah semasa sepanjang tempoh penganjuran kempen itu.

“Sebagai tambahan bagi pengecualian duti setem bagi pembeli rumah pertama, Sunway turut menyerap kos berkenaan untuk pembelian hartanah yang bernilai RM1 juta dan ke atas.

“Dengan tawaran kediaman yang mampu memenuhi kehendak pasaran, harga yang tepat dan lokasi yang baik, kami yakin permintaan bagi hartanah akan sentiasa ada,” katanya pada majlis pelancaran.

Penganjuran Skim Super 5 diadakan bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2019 dan ia ditawarkan bagi semua projek yang dibangunkan oleh Sunway Property.

Disiarkan pada: February 2, 2019 @ 10:02am
d