bisnes

Kadar sewa pejabat Hong Kong kekal termahal

Oleh Bloomberg

HONG KONG: Hong Kong dijangka kekal memiliki pasaran pejabat termahal 2019 walaupun kadar sewa dijangka turun, demikian menurut Knight Frank LLP yang mengeluarkan laporan unjuran pasaran pejabat global terkini, semalam.

Ketua Penyelidikan dan Perundingannya, David Ji berkata, hubungan perdagangan tidak menentu antara China dan Amerika Syarikat (AS) serta cabaran yang dihadapi China terhadap pasarannya menyebabkan permintaan pejabat daripada firma negara itu berkurangan.

“Walaupun penyewaan di kawasan pusat Hong Kong dijangka menyusut tujuh peratus, hubungan rapat antara bandar itu dengan China akan mengelakkan penyusutan lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Melbourne dan Sydney bakal menyaksikan pertumbuhan kadar sewa terbesar tahun ini dengan kos dijangka meningkat 10.1 peratus dan 8.6 peratus.

Pertumbuhan pekerjaan dan penyiapan pembangunan yang lebih sedikit sebelum ini menyebabkan bekalan yang lebih ketat di kedua-dua bandar berkenaan.

Kuala Lumpur, Bengaluru, Jakarta, dan Warsaw bakal memiliki kadar sewa pejabat terendah 2019.

Disiarkan pada: February 18, 2019 @ 11:17am
d