bisnes

McDonald's tawarkan buku untuk hidangan Happy Meal

Oleh Sofyan Rizal Ishak

MC’DONALD’S Malaysia memperkenalkan program Happy Meal Readers yang menyaksikan jenama perkhidmatan makanan itu bekerjasama dengan penulis dan pelukis ilustrasi terkenal dunia iaitu Cressida Cowell melalui siri buku bertajuk 'Treetop Twins Adventures'.

Terdapat 12 cerita akan dipaparkan melalui buku bersiri ini yang dihasilkan secara eksklusif untuk McDonald's dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana ia bakal dikeluarkan pada setiap bulan sepanjang tahun ini.

Pengarah Pemasaran McDonald's Malaysia, Eugene Lee berkata, program itu diwujudkan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

"Program ini membolehkan ibu bapa membaca buku dan menikmati masa berkualiti bersama anak-anak dan kami berharap ia dapat menerapkan minat membaca bagi kanak-kanak serta menjadikannya sebagai satu aktiviti menyeronokkan bagi seisi keluarga," katanya pada majlis pelancaran Program Happy Meal Readers di Petaling Jaya, hari ini.

Dengan setiap pembelian Happy Meal, pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan buku atau permainan di restoran McDonald's seluruh negara.

Disiarkan pada: February 19, 2019 @ 2:48pm
d