bisnes

Jazz dan BR-V edisi terhad

Oleh Sofyan Rizal Ishak

Honda Malaysia memperkenalkan edisi terhad untuk dua model kenderaannya iaitu Jazz dan BR-V yang hanya ditawarkan sebanyak 300 unit untuk setiap model terbabit.

Untuk model Jazz edisi terhad ini, ia dilengkapi kit badan Mugen keseluruhan dipertingkatkan bagi meningkatkan lagi penampilan sporty di samping bahagian luar model hatchback yang kelihatan lebih menarik melalui penggunaan Front Aero Bumper, lampu kabus depan LED, Sport Front Grille dan Tailgate Garnish.

“Kit badan Mugen adalah ciri tambahan di samping spoiler sisi dan belakang bawah serta Tailgate Spoiler untuk meningkatkan penampilan ranggi Jazz di mana kesemua ciri Mugen baharu ini adalah berdasarkan maklum balas pasaran,” kata Honda Malaysia dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagi edisi istimewa BR-V pula, ia memiliki penambahan baru di bahagian luarnya seperti Tailer Spoiler, Running Board dan Side Step Garnish bagi menampilkan penampilan lebih menarik dan sporty.

Jazz Mugen ditawarkan pada harga RM88,600 untuk warna Modern Steel Metallic dan RM88,720 bagi warna White Orchid Pearl manakala, BR-V edisi istimewa ini ditawarkan pada harga RM90,700 dan RM91,000 untuk dua warna iaitu Passion Red Pearl baharu dan White Orchid Pearl.

Disiarkan pada: February 21, 2019 @ 4:30pm
d