bisnes

75% ditempah

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

MKH Berhad (MKH) melancarkan projek pembangunan terbaru yang berorientasikan pengangkutan transit (TOD) yang pertama di Kajang, MKH Boulevard II dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM241 juta.

Projek pembangunan di tapak seluas 2.4 ekar (0.97 hektar) terletak bersebelahan dengan Stesen Pertukaran MRT & KTM Kajang.

Projek ini bakal menempatkan 604 unit pangsapuri perkhidmatan yang merangkumi 34 tingkat menara di atas lapan tingkat podium letak kereta dan komersial.

Terdapat 42 lot kedai disediakan dengan keluasan daripada 476 hingga 1,908 kaki persegi.

Pelbagai kemudahan fasiliti disediakan dan laluan pejalan kaki berbumbung dari pembangunan ini ke Stesen MRT & KTM Kajang bagi memudahkan penduduk berulang alik.

Selain itu, kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, jakuzi, kolam renang kanak-kanak, kawasan barbeku dan taman permainan disediakan di tingkat lapan khas untuk penduduk pembangunan ini.

“Atas faktor lokasi yang strategik, pembangunan ini mencatat lebih 75 peratus tempahan walaupun pangsapuri perkhidmatan ini baru dilancarkan secara rasmi.

“Lokasi pembangunan yang terletak di kawasan bandar Kajang mempunyai pelbagai kemudahan sekeliling termasuk pusat membeli-belah, hospital, klinik, pengangkutan awam, bank, sekolah dan universiti dalam lingkungan 5 kilometer.

“Pembangunan ini juga berhubung terus dengan beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Persiaran Saujana Impian, Jalan Semenyih dan Lebuhraya SILK,” katanya.

Disiarkan pada: February 23, 2019 @ 12:12pm
d