bisnes

30 RM2 juta

Oleh Nabil Basaruddin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 perniagaan melayakkan diri dalam program AmBank BizRACE yang dianjurkan AmBank (M) Bhd bagi merebut hadiah bernilai RM2 juta.

Antaranya Akademi Usahawan Mikro, AMS Metal Group, Ar Fatimah Enterprise, Auto Count, BlueBee Technologies, Cemseal Industries, Cloudhax, Edu Three Sixty Enterprise, Eggette Lab Enterprise, Emerging EPC, Greenbulb Energy, Hornbill Agriculture, Industrial System Supply and Engineering Services, Innergia Labs, K2 Baseline dan Kids Planet Language Centre.

Syarikat lain termasuk Let Me Store, Midwest Green, Moby Fintech, Neuto, NEXPlatform, The Picha Project, PTT Outdoor (Malaysia), Recove Group, Shapee Trading & Distribution (Malaysia), Tessera Group, Valentini Exhibits, Vineyard F&B, Wonson dan Zest Venture.

Perniagaan yang terpilih itu disenarai pendek daripada 100 bisnes yang dipilih berdasarkan pembentangan perniagaan pada pusingan pertama panel juri program berkenaan.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christopher Yap berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada 30 perniagaan yang berjaya ke peringkat itu daripada 1,000 penyertaan diterima tahun ini.

“Pertandingan ini semakin mencabar kerana kami akan meneruskan pencarian bagi memilih 10 perniagaan untuk ke pusingan berikutnya,” katanya.

AmBank melengkapkan siri BizCONFERENCE pertamanya pada tahun lalu membabitkan lima persidangan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Klang, Melaka dan Johor.

Setiap acara menampilkan usahawan tempatan dan pakar industri yang berkongsi perjalanan keusahawanan masing-masing.

Selain itu, tiga sesi BizCONFERENCE dijalankan secara dwibahasa bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih inklusif.

Pada tahun ini, AmBank BizRACE menerima rakan kongsi rasmi termasuk Kumpulan Media Prima, Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia, EY dan MasterCard.

Program itu disokong rakan media seperti The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Ripple dan Rev Asia.

Hadiah bernilai RM2 juta itu termasuk pendedahan media bagi perniagaan, program pembangunan bernilai RM310,000 dan lawatan pembelajaran lapangan di China bernilai RM340,000.

Disiarkan pada: March 19, 2019 @ 9:00am
d