bisnes

'The Singing Pizza' di Pizza Hut

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

PIZZA Hut memperkenalkan The Singing Pizza yang menjadikan kotak piza biasa sebagai kotak muzik.

Ia berupaya memainkan lagu daripada senarai lagu eksklusif dan didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang menarik.

Senarai lagu The Singing Pizza terdiri daripada 200 lagu yang akan dikemas kini setiap dua minggu, termasuk lagu dalam trend dan trek eksklusif yang belum lagi dilancarkan oleh artis seperti Fattah Amin, Alvin Chong, Zaim, Shalma dan Aman Ra.

Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (Bahagian Restoran), Merrill Pereyra berkata, inovasi ini bakal mengubah cara pengguna menikmati piza melalui penggunaan kotak piza.

“Strategi kami di Pizza Hut adalah untuk mengutamakan pelanggan dengan memudahkan dan memberi pengalaman cita rasa piza yang lebih baik menerusi inovasi berasaskan digital,” katanya kepada Bisnes Metro di majlis memperkenalkan The Singing Pizza pertama di Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.

Untuk menikmati pengalaman The Singing Pizza, pelanggan boleh mengimbas kod QR pada kotak piza.

Muzik akan dimainkan pada telefon pintar setiap kali mereka membuat pesanan untuk bawa pulang atau penghantaran.

Selain itu, bagi pelanggan yang menikmati hidangan di restoran Pizza Hut, mereka boleh mengimbas kod QR yang diberi dan boleh memilih senarai lagu eksklusif sambil menikmati hidangan piza.

Disiarkan pada: April 2, 2019 @ 3:39pm
d