bisnes

Pizza Hut buka cawangan ke-400

Oleh hmdigital

KUALA LUMPUR: Pizza Hut Malaysia (Pizza Hut) merasmikan pembukaan cawangannya yang ke-400 di negara ini menjadikannya rangkaian restoran piza terbesar di negara ini.

Ketua Operasi Pizza Hut Restaurants, Loi Liang Tok berkata, bagi memastikan akses pelanggan yang lebih mudah, ia menyasarkan untuk membuka 408 cawangan menjelang akhir tahun ini.

“Kami juga menyasarkan untuk membuka 60 lagi cawangan baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Pembukaan cawangan baharu itu membabitkan lokasi dalam negara ini yang masih belum diteroka termasuk di Sabah, Sarawak, Perak dan Pulau Pinang,” katanya pada majlis perasmian cawangan baharu Pizza Hut di Shah Alam, semalam.

Cawangan Pizza Hut yang ke-400 itu terletak di dalam pusat beli-belah baharu Central i-City.

Pada masa ini, pegangan pasaran Pizza Hut adalah sebanyak 29 peratus.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Urusan QSR Brands, Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil.

Mohamed Azahari berkata, pembukaan cawangan itu mencerminkan pertumbuhan kukuh Pizza Hut.

“Kejayaan ini ternyata membuahkan hasil apabila ia meningkatkan perolehan kami menerusi cawangan dan platform digital dalam tempoh dua tahun lalu,” katanya.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 6:45am
d