bisnes

Vivo Malaysia lancar Vivo V15 Blossom Pink

Oleh Sofyan Rizal Ishak

VIVO Malaysia memperkenalkan edisi terkini bagi siri telefon pintar terlarisnya iaitu V15 yang akan ditawarkan dalam warna terbaharu iaitu Blossom Pink.

Telefon pintar edisi terhad ini ditawarkan sebanyak 6,000 unit saja dan ia akan mula berada di pasaran pada 18 Mei 2019 pada harga RM1,299.

Apa paling menarik, setiap pembelian Vivo V15 Blossom Pink ini akan disertakan dengan hadiah eksklusif iaitu penyegar (humidifier) berwarna merah jambu.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, model itu memiliki spesifikasi yang sama seperti V15 dan didatangkan dengan kamera depan turun naik 32 megapiksel (MP) pertama di dunia serta Ultra Fullview Display.

“Kami sentiasa mendapatkan maklum balas daripada peminat bagi menghasilkan produk yang mampu memenuhi permintaan di pasaran dan kami harap model ini akan meneruskan kejayaan sama seperti siri V15 sebelum ini,” kataya pada majlis pelancaran Vivo V15 Blossom Pink di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Simply SS Trading Sdn Bhd (SimplySiti) iaitu Azuddin Rahman dan penyanyi terkenal tanah air serta duta Vivo Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bersempena pelancaran Vivo V15 Blossom Pink dengan edisi warna terhad itu, Vivo Malaysia menjalinkan kerjasama dengan SimplySiti bagi memberi tawaran istimewa khusus untuk peminat produk itu.

Disiarkan pada: May 13, 2019 @ 4:44pm
d