bisnes

Huawei Y5 2019 untuk hari raya

Oleh Nabil Basaruddin

MALAYSIA akan terus menggunakan teknologi Huawei seluas mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Persidangan Masa Depan Asia di Tokyo baru-baru ini.

Perdana Menteri turut menyatakan sokongan kuat dan pengiktirafan terhadap gergasi teknologi, Huawei untuk membawa kepakaran dan teknologi dalam pasaran Malaysia.

Dr Mahathir juga dengan ketara menunjukkan keyakinan negara untuk menggunakan teknologi 5G oleh Huawei pada pameran 5G Putrajaya pada 18 April lalu.

Dari perspektif pelanggan, telefon pintar Huawei semakin berkembang pesat dan menjadi popular khususnya siri P30 yang berinovasi tinggi dan kualiti terbaik yang dilancarkan beberapa bulan lalu.

Bersempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, Huawei memperkenalkan produk terbaharunya, Huawei Y5 2019 yang mula berada di pasaran pada hari ini.

Huawei dalam kenyataan berkata, telefon pintar kelas permulaan itu mula dijual pada harga RM459 di semua kedai pengalaman Huawei dan platform atas talian rasmi Huawei di Malaysia.

Lebih menarik lagi, terdapat manfaat tambahan apabila orang ramai membuat pembelian Huawei Y5 2019 iaitu mereka berpeluang untuk memenangi Huawei MediaPad M3 Lite bernilai RM989.

“Anda mungkin berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk membawa pulang Huawei MediaPad M3 Lite sehingga 16 Jun ini,” katanya.

Penyertaan untuk mendapatkan hadiah menarik itu begitu mudah di mana pelanggan hanya perlu melayari laman web Huawei Raya Campaign dan mengisi maklumat peribadi dan hanya tunggu untuk dimaklumkan sekiranya terpilih.

Sebagai tambahan kepada pembeli untuk menikmati telefon pintar baharu itu, Huawei juga memberi peluang terbaik kepada rakyat Malaysia untuk membawanya pulang sebagai hadiah kepada ahli keluarga dalam menyambut musim perayaan ini.

Melihat kepada fungsi serta kesesuaiannya untuk dijadikan sebagai hadiah, Huawei Y5 2019 sentiasa menjadi penyelesaian terbaik kerana ia menawarkan ciri terbaik dan lebih penting lagi, mampu milik.

Sebagai telefon pintar kelas permulaan, ia mempunyai prestasi kamera yang luar biasa, teknologi pengesanan wajah dan ruang simpanan yang besar 32 GB dan tambahan sehingga 512GB.

Rekaan yang lebih praktikal juga menjadikan Huawei Y5 2019 memberi cengkaman lebih selesa dan tidak licin serta boleh digunakan hanya dengan satu tangan.

Selain itu, ia juga mempunyai kamera belakang 13MP yang boleh mengambil gambar pada persekitaran dengan cahaya yang kurang serta 5MP kamera hadapan.

Huawei Y5 2019 mempunyai ketahanan bateri sehingga 3,020 mAh dan didatangkan dengan tekstur kulit tiga warna iaitu Modern Black, Amber Brown dan Sapphire Blue.

Ia juga mengunakan teknologi dan sistem operasi EMUI 9.0+Andriod 9.0 Pie.

Disiarkan pada: May 31, 2019 @ 1:06pm
d