bisnes

Penumpang Garuda bakal nikmati 20% diskaun ke Sunway Lagoon

Oleh Alias Abd Rani

PETALING JAYA: Berita baik buat penumpang dari Indonesia yang menaiki penerbangan Garuda apabila bakal menikmati diskaun sebanyak 20 peratus untuk memasuki Sunway Lagoon bermula semalam.

Mereka hanya perlu menunjukkan tiket penerbangan asal atau kad GarudaMiles di kaunter tiket Sunway Lagoon dalam tempoh seminggu sebaik tiba di Malaysia.

Pengurus Besar Kanan Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata, tawaran itu sah sehingga November 2020, sekali gus memberi peluang kepada rakyat negara jiran menikmati diskaun jika berkunjung ke sini.

“Memandangkan ramai pengunjung dari Indonesia datang ke taman tema ini, kami mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan syarikat penerbangan terbabit,” katanya selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), semalam.

Garuda Indonesia diwakili Pengurus Besarnya, Fredrik Kasiepo. Hadir sama, Pengarah Pemasaran Sunway Lagoon, Michelle Gregory dan Pengurus Pemasaran dan Akaun Jualan Garuda Indonesia, David Wooi.

Disiarkan pada: June 28, 2019 @ 7:15am
d