bisnes

80% terjual

Oleh hmdigital

KUALA LUMPUR: Menara kediaman pertama di bawah projek Emerald 9 oleh GuocoLand Malaysia dikenali sebagai Bruce on9 berjaya mencatatkan 80 peratus jualan sejak dilancarkan Mei lalu.

Bruce on9 mempunyai 477 unit dengan keluasan berbeza daripada unit satu ke tiga bilik tidur berukuran antara 650 kaki persegi sehingga 1,050 kaki persegi.

Dengan harga permulaan daripada RM382,000, kediaman ini menarik minat pembeli bujang dan berkeluarga yang mahukan gaya hidup kontemporari, selesa dan sihat.

Pengarah Eksekutif GuocoLand Malaysia, Andy Chua berkata, pihaknya merancang untuk melancarkan menara pertama pada tahun ini, namun dengan sambutan menggalakkan daripada pembeli, pihaknya turut bersedia untuk melancarkan menara kedua sebelum akhir tahun ini.

“Walaupun terkesan dengan persekitaran pasaran yang kompetitif, kami terus membina pembangunan kediaman dan komersial komtemporari yang memfokuskan rekaan dan ruang berkualiti tinggi,” katanya.

Katanya, walaupun Bruce on9 sudah terjual sebanyak 80 peratus tetapi pembeli masih boleh mendapatkan unit terhad dengan pakej istimewa.

“Unit contoh kini boleh dikunjungi mulai jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari atau kunjungi laman web emerald9.com.my untuk maklumat lanjut,” katanya.

Emerald 9 yang terletak di lokasi utama dalam lingkungan Batu 9, Cheras ialah pembangunan berpegangan bebas yang merangkumi menara kediaman, ruang pejabat, deretan kedai berkonsep urban dan taman berkelompok dengan kehijauan yang mendamaikan.

Disiarkan pada: July 6, 2019 @ 7:31am
d