bisnes

Pastikan lesen sah

Oleh hmdigital

KUALA LUMPUR: Kawalan serangga perosak adalah penting untuk keselesaan dan kesihatan pemilik kediaman atau premis perniagaan.

Namun, sebelum mendapatkan perkhidmatan syarikat yang menjalankan servis kawalan makhluk perosak, pengguna perlu memastikan syarikat itu bukan saja berdaftar, malah pekerjanya seharusnya mempunyai lesen pengendali kawalan mahluk perosak yang sah dari Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) di bawah Jabatan Pertanian (DOA).

Keperluan mengikut kaedah di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, mewajibkan setiap pengusaha yang menyediakan perkhidmatan ini mempunyai lesen.

Ketua Pegawai Eksekutif Pest React Sdn Bhd, Kelvin Low berkata, lambakan pengendali kawalan racun perosak yang tidak berlesen adalah tidak beretika.

“Pentingnya untuk mendapatkan lesen kerana pengendali kawalan makhluk perosak perlu benar-benar memahami setiap racun yang digunakan untuk setiap masalah.

“Jika bancuhan racun kurang daripada yang sepatutnya, ia berkemungkinan besar tidak berkesan menghalau makhluk perosak dan jika berlebihan, ia boleh memudaratkan penghuni atau pelanggan.

“Pelanggan juga sepatutnya ada hak mengetahui jenis racun yang digunakan dan adakah ia juga berdaftar dengan LRMP,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Berbeza dengan perkhidmatan yang ditawarkan pihak lain, syarikat yang diasaskannya, Pest React menawarkan servis kawalan makhluk perosak berkualiti tinggi sesuai dengan pengalaman selama 13 tahun.

“Di Pest React, kami menawarkan sesi rundingan secara percuma dengan pelanggan terlebih dahulu diberi penerangan terperinci pemilihan penggunaan racun makhluk perosak dan kesannya.

“Pakar dari Pest React datang ke premis dengan van khas yang dilengkapi semua kemudahan servis kawalan makhluk perosak yang mana ia dapat menjimatkan masa menjalankan tugasan dengan segera dan berkesan.

“Kami juga memberi waranti selepas servis dengan jaminan 100 peratus wang akan dikembalikan jika masalah anai-anai tidak selesai,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, layari www.pestreact.com.

Disiarkan pada: July 15, 2019 @ 7:12am
d