bisnes

Honda panggil semula CR-V

Oleh Lizam Ridzuan

HONDA Malaysia memanggil semula 7,050 unit kenderaan Honda CR-V tahun keluaran 2018 bagi menggantikan butang tombol penolak gear (gear push knob button).

Honda Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, ia terkecuali untuk model terkini yang dijual dalam pasaran dan pihaknya sentiasa memastikan produk-produknya melalui proses kawalan yang ketat kepada pelanggan.

Untuk model CR-V 2018 itu, ia mengalami kesukaran untuk memasukkan gear parkir ke posisi lain dan Honda Malaysia mengambil langkah proaktif untuk menggantikannya dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan.

Penggantian adalah percuma dan semua kos ditanggung oleh pihak Honda Malaysia.

Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat serta diminta ke pusat servis Honda yang berdekatan untuk pemeriksaan.

Stok alat ganti dijangka boleh didapati secara berperingkat dan untuk maklumat lanjut pelanggan boleh hubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Disiarkan pada: July 31, 2019 @ 8:02pm
d