bisnes

Koleksi Disney Tsum Tsum Rolly Eggy

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

KUALA LUMPUR: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia), memperkenalkan koleksi terbaharunya, Disney Tsum Tsum Rolly Eggy sempena program eksklusif bagi ahli kad Tesco.

Pengarah Pelanggannya, Vivian Yap berkata, pihaknya komited memberi nilai tambah dan kelainan kepada pelanggan yang berbelanja di Tesco Malaysia.

Katanya, kali ini Tesco Malaysia tampil dengan 16 karakter Disney Tsum Tsum Rolly Eggy seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Frozen, Beauty & Beast serta karakter Disney Princess.

“Ini adalah program tahunan kami yang mana ia sentiasa dinantikan oleh pelanggan Tesco Malaysia. Tahun lalu, kami menerima sambutan menggalakkan untuk koleksi Marvel.

“Sempena koleksi baharu ini, sebanyak 454 produk daripada rakan kongsi kami turut mengambil bahagian menawarkan mata ganjaran dan promosi kepada pelanggan,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, semalam.

Koleksi Disney Tsum Tsum Rolly Eggy boleh didapati bermula 22 Ogos hingga 13 November 2019 di semua rangkaian Tesco Malaysia seluruh negara.

Pelanggan hanya perlu berbelanja RM30 di mana-mana cawangan Tesco Malaysia serta platform beli-belah dalam talian Grocery Home Shopping untuk mengumpul satu setem pelekat.

Bagi setiap enam setem yang dikumpul, pelanggan layak untuk membeli koleksi Disney Tsum Tsum Rolly Eggy pada harga hanya RM5 setiap satu.

Vivian berkata, buat pertama kalinya pelanggan juga boleh mengumpul setem terbabit melalui aplikasi Tesco Collectibles yang boleh dimuat turun daripada Google Play dan App Store.

Beliau berkata, lebih menarik bagi pelanggan yang berbelanja lebih RM30 pada e-dompet Boost, mereka akan mendapat setem tambahan yang akan membolehkan pelanggan mengumpul semua 16 karakter Disney Tsum Tsum Rolly Eggy.

“Tesco Malaysia juga bekerjasama dengan Boost bagi meneroka empat juta pelanggannya.

“Setakat Ogos ini, kami mempunyai 1.2 juta ahli kad Tesco yang aktif berbelanja,” katanya.

Disiarkan pada: August 22, 2019 @ 6:43am
d