bisnes

Program celik kewangan bersama 33 anak yatim

Oleh Nabil Basaruddin

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Capital, peneraju bank pelaburan, sekuriti, pengurusan aset dan kumpulan pemegang amanah menganjurkan program Literasi Kewangan bersama 33 kanak-kanak dari Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang.

Pengerusi Affin Hwang Investment Bank, Abdul Malik Rahman berkata, program itu bagi meningkatkan penguasaan kepentingan literasi kewangan golongan muda.

Beliau berkata, pihaknya percaya ia membantu membentuk pemahaman mampan dan meningkatkan tahap penguasaan literasi kewangan dalam kalangan komuniti setempat.

Program literasi kewangan itu adalah Program Pendidikan Kewangan selama dua jam dibimbing warga kerja Affin Hwang Capital menerusi konsep Live Monopoly yang mengetengahkan Simpanan, Insurans dan Simpanan Tetap serta menggalakkan serta menanam penguasaan literasi kewangan anak muda.

Acara itu inisiatif Pelatih Pengurusan Affin Hwang Capital sebagai program bersama komuniti.

Disiarkan pada: October 1, 2019 @ 6:15am
d