bisnes

MAHB lancar kempen #ShopLAH

Oleh Nora Mahpar

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) komited memberi pengalaman runcit baharu di lapangan terbang kendaliannya dengan melancarkan kempen Shop Like A Hero atau #ShopLAH.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersialnya, Nazli Aziz berkata, kempen #ShopLAH sebagai usaha mentransformasikan lapangan terbang antarabangsa daripada hab pengangkutan kepada destinasi beli-belah yang mengujakan.

“Di MAHB ia belum merealisasikan sepenuhnya potensi lapangan terbangan kami melangkaui jalur hasil tradisional,” katanya ketika melancarkan kempen #ShopLAH.

Hadir sama, Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial, Hani Ezra Hussin.

Mengulas lanjut, Hani Ezra berkata, jika dahulu pembinaan lapangan terbang hanya bagi tujuan pengangkutan namun kini ia melalui fasa baharu yang mana ia menjadi destinasi premium untuk membeli-belah dan menjamu selera.

MAHB antara pengendali lapangan terbang terbesar dunia dari segi bilangan penumpang.

Dengan pelancaran kempen #ShopLAH, beliau berkata, MAHB komited untuk memperkenalkan lebih banyak pembaharuan dan jenama mewah yang hanya wujud di lapangan terbang.

“Fokus kami ialah memberikan pengalaman membeli-belah tiada bandingan dengan mencorakkan setiap bahagian perjalanan mereka menerusi ubah suai corak runcit lokasi kami untuk merapatkan jurang antara kehendak pengunjung dan perkhidmatan yang ditawarkan MAHB.

“Pengubahsuaian itu termasuk membahagikan ruang runcit kepada pelbagai zon antaranya fesyen, bebas cukai, restoran dan ruang Sense of Malaysia yang akan dilancarkan selepas suku kedua 2020,” katanya.

Disiarkan pada: October 17, 2019 @ 6:59am
d