bisnes

Penyembur anti VOC jaga kualiti udara

Oleh Sofyan Rizal Ishak

KUALA LUMPUR: Acson Malaysia, syarikat penyaman udara tempatan memperkenalkan produk penyembur Anti Volatile Organic Compound (VOC) yang pertama di negara ini bagi meningkatkan kualiti udara serta menerapkan gaya hidup sihat kepada pengguna.

Pengurus Besarnya, Yeap Kin Oun berkata, walaupun masyarakat sedar mengenai keburukan pencemaran udara, ramai yang tidak tahu VOC juga ancaman tersembunyi dalam kediaman.

“VOC yang sebati di udara dalaman mungkin berbau dan tidak berbau. Pernafasan di peringkat rendah VOC boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa panjang.

“Penyembur Acson Anti VOC direka khas untuk menguraikan VOC, bahan kimia yang ada dalam produk rumah seperti cat, varnis, karpet, lantai vinil, produk kayu komposit serta penyegar udara dan ia boleh kekal sehingga dua tahun,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Selain penyembur Anti VOC, Acson turut melancarkan Aroma Diffuser yang dilengkapi tangki air 130 mililiter (ml) dan menggunakan USB untuk mod pengaktifan serta Aroma Diffuser Speaker yang memiliki tangki air 200 ml, pin tiga palam untuk mod pengaktifan dan pembesar suara Bluetooth serta pemasa boleh diubah suai.

“Untuk ketiga-tiga produk ini, kami menyasarkan jualan awal 500 unit bagi setiap produk dalam tempoh tiga bulan akan datang,” katanya.

Semua produk terbaharu Acson Malaysia ini dijual secara eksklusif di PrestoMall dengan diskaun istimewa bermula 23 Oktober hingga 29 Oktober ini.

Sepanjang tempoh promosi, pembeli yang membuat tempahan awal boleh mendapatkan penyembur Acson Anti VOC pada harga RM159 berbanding harga asal RM209 dan Aroma Diffuser pada harga RM129 (harga asal RM169) serta Aroma Diffuser Speaker pada harga RM189 (harga asal RM229).

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 6:41am
d