bisnes

PUNB terus biaya usahawan

Oleh Rosyahaida Abdullah

PERBADANAN Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sudah meluluskan 75 peratus daripada RM200 juta pembiayaan yang diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera bagi tahun 2019 setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izwan Zainuddin berkata, daripada jumlah itu, usahawan daripada sektor automotif serta makanan dan minuman (F&B) menjadi penerima pembiayaan tertinggi.

“Kita yakin dapat meluluskan baki peruntukan pembiayaan yang disediakan menerusi Belanjawan 2019 ini kepada usahawan layak menjelang akhir tahun ini,” katanya pada majlis Simposium Peruncitan Kebangsaan (SParK) 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PUNB, Datuk Hazimah Zainuddin.

Mengulas lanjut, Izwan berkata, pihaknya juga menerima peruntukan berjumlah RM150 juta lagi untuk tujuan pembiayaan sama pada tahun depan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2020.

“Selain peruntukan itu, PUNB juga akan sokong penyaluran pembiayaan menerusi dana dalaman kami untuk terus membantu usahawan Bumiputera,” katanya.

Disiarkan pada: October 24, 2019 @ 6:08pm
d