bisnes

GoBiz, GoOffice bantu usahawan

Oleh hmdigital

KUALA LUMPUR: Konsep bayaran tanpa tunai semakin popular dalam bidang perniagaan di negara ini.

Justeru, U Mobile tampil memperkenalkan penyelesaian GoBiz dan GoOffice bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka.

GoBiz memberi penyelesaian perniagaan sehenti kepada peniaga individu, kecil dan besar termasuk telekomunikasi mudah alih, perkhidmatan e-pembayaran serta perkhidmatan kewangan yang lain.

GoBiz adalah platform penerimaan bayaran digital lebih mudah disediakan khas untuk golongan peniaga.

Untuk GoOffice pula, pakej bundle suara, data, dan aplikasi Microsoft Office yang pertama di Malaysia untuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Kini, pendigitalan operasi perniagaan dapat dirasai semua dengan menggunakan GoBiz tanpa mengira perniagaan bersaiz besar atau kecil.

“Dengan telefon pintar saja, perniagaan kecil dapat menerima bayaran tanpa tunai dengan mudah manakala perniagaan besar dapat menjimatkan kos melalui terminal maya mudah alih (MVP),” kata U Mobile menerusi kenyataan dikeluarkan.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari https://www.gobiz.com.my/.

Disiarkan pada: November 11, 2019 @ 6:28am
d