bisnes

Ketengah inovasi EV lebih cekap, bersih

Oleh hmdigital

KUALA LUMPUR: Petronas Lubricants International (PLI) yang juga cabang pengeluar dan pemasaran minyak pelincir global Petronas menganjurkan Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik (EV) buat julung kali di Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global (R&T) miliknya di Turin, Itali pada 7 November lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan, syarikat itu berkata, simposium itu dihadiri lebih 120 peserta yang juga kalangan pakar peneraju industri dari serata dunia bagi membincangkan dan mengetengahkan inovasi EV yang menyokong masa depan e-mobiliti yang lebih bersih, cekap dan mampan.

Malah, simposium itu menjadi platform untuk kalangan pakar berkongsi trend teknologi masa depan EV, pasaran dan peranan bendalir dalam evolusi penghantaran elektronik dan teknologi bateri.

Disiarkan pada: November 11, 2019 @ 6:33am
d