bisnes

Malaysia Airlines lancar pilihan tambang pertama

Oleh Sofyan Rizal Ishak

MALAYSIA Airlines bakal melancarkan pilihan tambang pertama seumpamanya dikenali Tambang Ulang-Alik atau Shuttle Fares khusus untuk pelancong yang terbang terus antara Kuala Lumpur dan Singapura bermula 10 Disember 2019.

Tambang yang dibahagikan kepada tiga struktur tambang iaitu Business Flex Shuttle, Economy Flex Shuttle dan Economy Smart Shuttle akan memberi keselesaan dan fleksibiliti lebih baik untuk pelancong yang terbang terus antara kedua-dua lokasi terbabit.

“Ia menawarkan banyak faedah termasuk perubahan dari jadual asal ke penerbangan awal pada hari sama tanpa penalti, pengecualian bayaran untuk tarikh atau perubahan penerbangan dan kaunter daftar masuk ulang-alik khusus di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Changi, Singapura.

“Harga ini termasuk elaun bagasi daftar masuk percuma sebanyak 40 kilogram (kg) untuk Business Flex Shuttle, 35kg Economy Flex Shuttle dan 30kg Economy Smart Shuttle,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan, semalam.

Tambang itu adalah tindak balas kepada permintaan daripada pelancong dan pelancong perniagaan antara Kuala Lumpur dan Singapura yang lebih suka kepada fleksibiliti dan kebebasan dalam jadual perjalanan mereka pada harga menarik.

Disiarkan pada: December 9, 2019 @ 7:41am
d