bisnes

TM, Huawei jalin kerjasama 5G

DALAM usaha membawa teknologi jaringan termaju iaitu 5G di negara ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) mengambil langkah proaktif untuk menjalinkan kerjasama dengan Huawei menerusi Program Ujian Kebolehoperasian antara pembawa.

Program berkenaan memberi fokus kepada ujian untuk rekaan infrastruktur teras persendirian atau ‘Standalone’ (SA) dan ia akan dilaksanakan di lokasi Projek Demonstrasi 5G (5GDP) di sekitar Langkawi, Kedah.

Ia akan membabitkan ciri-ciri utama teknologi berkenaan dan kefungsian jaringan perkongsian antara pembekal telekomunikasi di negara ini.

Kejayaan ujian kebolehoperasian antara pembawa jaringan ini bakal memberi sumbangan penting dalam usaha negara untuk mempercepatkan penyebaran 5G secara komersial yang dijangka berlaku pada akhir

tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan pemain utama industri yang juga peneraju jaringan 5G iaitu Huawei untuk mempercepat proses penawaran jaringan berkenaan di negara ini.

“TM yang mendapat sokongan pakar Huawei turut mempersiapkan jaringan 5G di Langkawi sebagai pusat inkubasi untuk pembekal telekomunikasi lain, pemain

industri termasuk usahawan tempatan untuk menggunakan teknologi berkenaan.

“Kejayaan percubaan kebolehoperasian dilaksanakan Huawei dan TM bukan saja menjadi asas kepada pelancaran skala besar komersial sebaliknya turut mempromosikan jaringan 5G infrastruktur teras persendirian (SA) untuk industri.

“Kita akan mendalami usahasama ini dengan pelbagai kerjasama perkongsian melancarkan pelbagai ujian dan pengesahan komersialtermasuk kajian serta penyelidikan produk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Michael Yuan berkata, ia adalah satu peluang kerjasama yang sangat baik untuk meneroka teknologi 5G di Malaysia sekali gus menjadikan jaringan berkenaan boleh digunakan oleh pengguna di negara ini.

Disiarkan pada: January 16, 2020 @ 10:30am
d