bisnes

Pallas umum tiga pemenang

Oleh Zuhainy Zulkiffli

PENGEDAR kasut jenama Pallas, International Foot Wear (Penang) Sdn Bhd mengumumkan tiga pemenang bagi hadiah utama Peraduan Kembali Ke Sekolah serta Jom Beli dan Menang.

Pengurus Pembangunan Jenamanya, Yee Fong Choo berkata, peraduan berlangsung dari November 2019 hingga 31 Januari lalu itu berjaya menarik hampir 20,000 penyertaan berbanding hanya 10,000 pada tahun lalu.

“Tiga pemenang utama ialah Muhammad Asyraaf Amzah, Noor Eza Abu dan Shahrul Izwan Adnan yang memenangi wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang.

“Manakala hadiah tempat pertama berupa wang tunai RM1,000 setiap seorang dimenangi Ammar Faris Vosly, Norhasline Jamil dan Nur Aina Aleeza Mohd Zulkiffli,” katanya di pejabatnya di sini.

Hadir sama, Pengurus Kanan Wilayah Bahagian Pengiklanan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Sharifah Omar.

Pallas turut mengumumkan hadiah tempat kedua berupa telefon bimbit Samsung Galaxy yang dimenangi Asra Zaliza Asbollah, Lau Hui Tung, Mohd Azmi Khamis, Muhammad Haziq Hafuza Mahadi dan Muhammad Izuan Farhan Rahim.

Selain itu, Muhammad Muzhaffar Zulfaqar Che Daud, Nicholas Neoh Sheng Wei, Norma Ab Latif, Nur Darwisyah Jamsari dan Nur Imanina Nor Nesfu turut memenangi hadiah sama.

Yew berkata, pihaknya berterima kasih atas sambutan memberangsangkan daripada pelanggan dan pengguna setia Pallas kerana keselesaan pelanggan adalah keutamaan syarikat itu.

“Segala maklumat lengkap mengenai pemenang disiarkan di Harian Metro dan laman sosial Facebook (FB) serta laman web rasmi Pallas,” katanya.

Jenama kasut sekolah Pallas menjadi pilihan berikutan kualitinya amat mementingkan keselesaan dengan mempertimbangkan faktor Keselesaan, Kesihatan dan Keselamatan (3S) bagi setiap rekaan menerusi kempen Love Our Feet.

Disiarkan pada: February 10, 2020 @ 6:10am
d