bisnes

Komited perkasa wanita celik kewangan

Oleh Bisnes Digital

TENAGA Nasional Bhd (TNB) mengambil perhatian terhadap saranan kerajaan untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat dengan menganjurkan program pengurusan kewangan membabitkan 300 anggota Persatuan Wanita TNB (Pelitawanis).

Ini seiring dengan pelaksanaan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai, 2019, katanya.

Pada program dua hari bermula pada 28 Januari itu, kakitangan wanita dan isteri kakitangan TNB mendapat pendedahan berharga kepada pelbagai aspek pengurusan kewangan daripada bengkel Surihati Bijak Generasi Terdidik #DemiEsok oleh TNB dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, TNB komited menyokong usaha untuk mewujudkan komuniti yang mampu membuat keputusan kewangan.

“Usaha memperkasa wanita melalui celik kewangan satu pendekatan mencapai matlamat ini, terutama dalam jangka panjang.

“Justeru, TNB berbangga menyokong wanita dalam ekosistemnya melalui program anjuran Pelitawanis,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pelitawanis TNB, Datin Seri Aidah Abu berharap supaya anggota Pelitawanis dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh daripada program terbabit.

Disiarkan pada: February 15, 2020 @ 7:10am
d