bisnes

Pos Malaysia tawar diskaun 20%

POS Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan kempen Ready Untuk Raya bagi memberi peluang kepada pelanggannya terutama peniaga dalam talian mendapat penjimatan.

Sepanjang kempen (16 Mac hingga 15 Mei depan), pelanggan boleh menikmati diskaun 20 peratus (dari harga asal) untuk penghantaran Pos Laju ke mana-mana sahaja di Malaysia serta penghantaran antarabangsa menerusi perkhidmatan Express Mail Service (EMS) dan Air Parcel untuk semua berat kiriman ke seluruh dunia.

Promosi ini juga merangkumi produk Pos Laju popular iaitu sampul dan kotak Prabayar Pos Laju dan sampul Flexiprepaid.

Ketua Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia, Schrene Goh berkata, promosi ini menawarkan tawaran hebat kepada pelanggannya.

“Ini kempen pertama di mana Pos Malaysia menggabungkan produk domestik dan antarabangsa yang semestinya memberi manfaat kepada peniaga dalam talian dan mereka yang merancang penghantaran sempena perayaan.

“Kami berharap kempen ini dapat meningkatkan lagi permintaan terhadap produk dan perkhidmatan Pos Laju serta meningkatkan aktiviti e-dagang dalam negara,” katanya.

Bagi memeriahkan persediaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pos Malaysia akan memberi hadiah wang tunai RM80,000 melalui peraduan Menang Duit Raya.

Pelanggan yang melakukan transaksi untuk perkhidmatan terpilih seperti Zakat, ASNB, pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan atau penghantaran wang antarabangsa melalui Western Union di mana-mana 681 pejabat pos di seluruh negara (kecuali Pos-on-Wheels) semasa tempoh kempen layak untuk menyertai peraduan ini.

Hadiah wang tunai bernilai RM1,000 menanti lima pemenang bertuah, manakala 10 orang pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima RM500 setiap minggu sepanjang tempoh lapan minggu.

Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan Pos Malaysia hanya perlu membelanjakan RM100 ke atas untuk perkhidmatan yang terpilih dan jawab soalan yang ringkas.

Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 7:20am
d