bisnes

I-Berhad serah sumbangan RM1 juta

Oleh Bisnes HM

DALAM usaha memerangi pandemik Covid-19, I-Berhad tampil memberi sumbangan sebanyak RM1 juta bagi membantu kerajaan menangani wabak berkenaan.

Pengerusinya, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, negara kini berdepan keadaan sukar dan ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk mengatasi masalah ini.

“Kami menghargai usaha kerajaan dalam menangani masalah ini. Malah, kami juga berterima kasih dengan penat lelah kakitangan perubatan yang menjadi barisan hadapan menentang wabak ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga memahami kesukaran yang dihadapi pemilik perniagaan dalam keadaan sukar ini.

“Perniagaan kami juga tidak terkecuali kerana itu kami sedia maklum keperitan yang dihadapi peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peniaga jalanan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Berikutan itu, pihaknya mengambil inisiatif untuk menyerahkan bantuan kepada kerajaan bagi membantu usaha menangani masalah ini yang dilihat semakin meruncing.

Sumbangan RM1 juta diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Sementara itu, Lim berkata, I-Berhad komited untuk merancakkan lagi pembangunan di i-City bagi mencapai sasaran 'segi tiga emas' di Selangor menerusi projek baharu dinamakan Becentral.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 20, 2020 @ 9:00pm
    d