bisnes

Beli rumah secara dalam talian

Oleh Rosyahaida Abdullah

Hi HOME Dotcom Sdn Bhd bekerjasama dengan platform e-dagang, Lazada bagi menawarkan tawaran hartanah terbaik pada harga serendah RM110,000 kepada pembeli.

Ini menerusi 'Hi HOME Property Expo, ekspo hartanah dalam talian yang pertama di Asia Tenggara sempena Kempen 'Mid Year' 07.07.

Ia bakal menyediakan lebih 2,000 unit hartanah dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

Pembeli boleh melihat unit hartanah di platform Lazada dan hanya perlu membeli baucar serendah RM88.

Ia kemudiannya boleh ditebus bagi mendapatkan tawaran hebat seperti diskaun, dan rebat tunai.

Hi HOME berkata, acara itu selari dengan usaha untuk menjadikan proses membeli rumah lebih mudah dan berkesan.

Menurutnya, Lazada adalah platform e-dagang nombor satu di Malaysia, yang mempunyai capaian sehingga satu pertiga daripada rakyat Malaysia.

"Melalui kerjasama ini, Hi HOME memperkenalkan pengalaman membeli rumah yang baharu kepada rakyat Malaysia.

"Mereka kini boleh melayari dan menempah rumah idaman mereka di platform Lazada secara eksklusif di LazMall dan juga melalui sesi penstriman langsung di LazLive," katanya.

Kenyataan itu sama berkata, permintaan kepada pengalaman membeli-belah secara digital meningkat sejak penularan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran, Lazada Malaysia, Diana Boo berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama berkenaan.

"Sesi penstriman langsung melalui LazLive adalah medium terbaik untuk penjual atau pemaju hartanah dapat berinteraksi dengan bakal pembeli selari dengan normal baharu." katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME, Radzi Tajuddin pula berkata, pihaknya bekerjasama dengan pemaju hartanah dalam memastikan tawaran terbaik kepada pembeli.

"Kami menyasarkan diskaun sehingga 30 peratus dengan harga unit rumah paling rendah adalah RM110,000.

"Tawaran ini hanya boleh diperolehi di 'Hi HOME Porperty Expo' melalui Lazada," katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut atau menyertai 'Hi HOME Property Expo', sila layari

www.hihome.asia atau hubungi 012-645 19 69.

Disiarkan pada: June 26, 2020 @ 5:29pm
d