bisnes

Platform Remp-itz

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

VIRAL Niaga Sdn Bhd komited menyediakan platform e-dagang komprehensif bagi membantu usahawan tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairul Nizam Mukhtar berkata, pihaknya memperkenalkan marketplace Remp-itz yang mudah digunakan serta dilengkapi sistem penghantaran.

Katanya, selain membantu usahawan tempatan, syarikat turut menyasarkan 10,000 peluang pekerjaan sebagai rider Remp-itz menjelang 2021.

"Idea Remp-itz ini dihasilkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kami menyediakan platform di bawah satu bumbung yang mana kami tidak mengambil keuntungan ke atas penghantar Remp-itz. Malah, caj rider hanya RM1 dikenakan kepada pelanggan.

"Sejak prapelancaran Remp-itz, kami mempunyai lebih 200 rider dan 500 usahawan yang menggunakan platform ini.

"Menjelang 2021 kami menyasarkan 5,000 usahawan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di Remp-itz," katanya.

Khairul berkata, pihaknya yakin platform Remp-itz mampu melonjakkan perniagaan usahawan.

"Sejak Januari lalu, lebih 3,000 pengguna memuat turun Remp-itz dan kami menjangkakan jumlah ini bertambah 100,000 orang akhir tahun ini," katanya.

Disiarkan pada: July 6, 2020 @ 7:20am
d