bisnes

Dominasi sarung tangan

SEBELUM ini, saham minyak dan gas adalah saham yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelabur berikutan permintaannya yang stabil.

Bagaimanapun, pandemik Covid-19 mengubah semuanya.

Walaupun ekuiti global merosot, komoditi pakai dan buang iaitu sarung tangan yang a mendapat perhatian daripada pelabur institusi dan mereka yang bergantung kepada saham penjagaan kesihatan, mencatatkan lonjakan.

Hari ini, pengeluar sarung tangan Malaysia mendominasi perhatian pelabur global, mengubah landskap secara keseluruhannya.

Mengenai Indeks MSCI Asia Pasifik yang meraih modal besar dan sederhana di lima negara pasaran maju dan sembilan negara pasaran pesat membangun di rantau APEC, penggiat sarung tangan Malaysia terutamanya TopGlove dan Supermax menguasai permainan, meninggalkan syarikat gergasi teknologi AS, Tesla.

Menurut Bloomberg, prestasi Top Glove setakat tahun ini naik 389 peratus, tertinggi dalam Indeks MSCI Asia Pasifik manakala syarikat gergasi sarung tangan tempatan lain, Supermax Corp melonjak lebih 1,000 peratus.

Ini walaupun Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengenakan perintah sekatan ke atas import daripada dua anak syarikat Top Glove, Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd, menempatkan kedua-dua syarikat itu dalam senarai Perintah Larangan Pelepasan (WRO).

Mengenai indeks utama Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI, hanya dua kaunter sarung tangan, TopGlove dan Hartalega mencatat kenaikan yang stabil walaupun aliran penurunan dicatatkan dalam saham lain, terutamanya berkaitan minyak dan gas berikutan bimbang mengenai gelombang kedua Covid-19 dan ketegangan perdagangan antara Beijing dan Washington.

Disiarkan pada: July 21, 2020 @ 7:20am
d