bisnes

AgroBazaar Online adakan jualan hebat sempena 12.12

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

MENDAPATKAN barang keperluan dapur seperti bahan basah dan makanan kering yang benar-benar segar dan menepati kehendak  adalah agak sukar ditambah pula dengan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, platform AgroBazaar Online mahu memudahkan anda untuk mendapatkan produk industri makanan dan pertanian segar seperti barang keperluan dapur supaya anda dapat menyediakan hidangan lengkap dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan dibangunkan serta diuruskan oleh pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), AgroBazaar Online adalah platform untuk usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan berasaskan pertanian secara maya kepada pengguna.

Sempena tarikh istimewa 12 Disember 2020 (12.12), AgroBazaar Online mengadakan jualan akhir tahun dan promosi hebat dengan tawaran potongan harga sehingga 55 peratus selain menawarkan servis penghantaran percuma dari 12 Disember 2020 hingga 1 Januari 2021.

Mereka turut menawarkan kod baucar diskaun untuk kedai tertentu supaya pengguna dapat menikmati lebih penjimatan ketika promosi 12.12.

Tawaran istimewa

AgroBazaar Online menawarkan potongan harga istimewa sehingga 55 peratus untuk produk terpilih seperti sayuran terung, kerepek ubi, mi kolok segera, lada putih, lengkuas dan banyak lagi sempena promosi 12.12.

Antara yang mendapat diskaun tertinggi adalah terung asam yang diterbangkan khas dari Sarawak, dijual pada harga RM18 setiap satu kilogram.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai perisa kerepek ubi daripada Mina Trading, perusahaan yang bertapak di Sabah pada harga RM2.50 sepaket.

AgroBazaar Online juga menawarkan set hadiah hari jadi berupa koleksi bar coklat buatan tangan pelbagai perisa keluaran Shweets Confectioneries dengan kad ucapan yang boleh disesuaikan sempena promosi 12.12.

Dijual pada harga serendah RM18, ia sesuai dijadikan hadiah dan kejutan untuk yang tersayang dengan meletakkan alamat mereka sebagai penerima ketika hari istimewa.

Produk popular

AgroBazaar Online sudah berada di pasaran selama lima tahun, kini mencatatkan 18,889 produk didaftarkan sejak mula dilancarkan pada Disember 2015.

Pelanggan rata-ratanya memilih untuk membeli bahan basah dan kering untuk memasak di AgroBazaar Online kerana yakin dengan kesegaran produk dan mudah didapati kerana terdapat banyak vendor seluruh Malaysia yang menjual produk berkenaan.

Antara produk yang mendapat permintaan tertinggi di AgroBazaar Online adalah ayam proses, mangga, pisang, lobak merah, ikan temenung, brokoli, bawang besar dan banyak lagi.

Semuanya dihantar segar daripada negeri keluaran masing-masing seperti Johor, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.

Peminat puding raja pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan puding raja Suehanis yang dibuat segar setiap hari dari Pekan, Pahang.

Dijual pada harga RM7 untuk bekas 500 gram (g), dapatkan sementara stok masih ada di AgroBazaar Online ketika promosi 12.12 ini.

Buat peminat makanan seperti aiskrim batang dan bahulu tradisional, AgroBazaar Online juga menawarkan harga istimewa iaitu RM1 setiap satu sempena promosi 12.12.

Masing-masing dibuat asli dan berdasarkan permintaan di negeri keluaran masing-masing iaitu Kelantan dan Sarawak supaya pelanggan dapat merasai kesegarannya.

Bagi anda yang mencari madu kelulut asli, ini adalah peluang untuk mendapatkan produk keluaran UUC dari Kota Kinabalu, Sabah yang dijamin asli dan dijual pada harga hanya RM100 untuk 300g.

Jadi peniaga di AgroBazaar Online

AgroBazaar Online turut menyeru peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjual produk di AgroBazaar Online supaya mendapat akses kepada pelanggan yang sememangnya mencari barang berasaskan pertanian.

Dengan bantuan pakar pemasaran AgroBazaar Online, produk seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani, agro pelancongan dan perkhidmatan dapat dijual lebih efektif.

Sebagai peniaga di AgroBazaar Online, anda juga mendapat akses untuk memberi tawaran dan mengadakan promosi istimewa untuk tarikh serta barangan tertentu.

Layari www.agrobazaar.com.my hari ini untuk maklumat lanjut mengenai promosi 12.12 atau sekiranya berminat untuk menjadi peniaga.

Disiarkan pada: December 11, 2020 @ 11:33am
d