bisnes

SIBS tarik 170,000 peserta digital

SIDANG Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020, acara tahunan yang dianjurkan secara maya dari 14 hingga 20 Oktober lalu mencatatkan kejayaan besar apabila menarik lebih 170,000 peserta digital dengan pemadanan perniagaan bernilai lebih RM1 juta.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, pada mulanya ia dijadualkan berlangsung selama empat hari namun acara tahunan berprestij itu dilanjutkan tiga hari lagi bagi membolehkan orang ramai berpeluang berhubung dan bekerjasama dengan jenama terkenal serta pemain industri global secara maya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari melancarkan acara itu yang diadakan dalam format berbeza bagi mematuhi norma baharu kerana faktor pandemik semasa.

"SIBS Virtual 2020 juga mengalu-alukan lebih 2,600 pelawat dari 54 negara yang mengambil bahagian.

"Kejayaan SIBS Virtual 2020 berdasarkan perkongsian pengetahuan yang mendalam oleh penceramah berkaliber dan peluang rangkaian rentas sempadan tanpa batas, sehingga memungkinkan perusahaan berkembang ke pasaran antarabangsa dengan norma baharu," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Disiarkan pada: December 25, 2020 @ 7:10am
d