bisnes

Lebih luas, lebih selesa

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

PERUNCIT elektronik dan perabot rumah, Harvey Norman meraikan pembukaan semula kedainya di Sunway Pyramid dengan promosi menarik kepada pelanggannya.

Penampilan Baru Harvey Norman Sunway Pyramid Superstore itu diubah suai dan menawarkan ruang runcit seluas 30,000 kaki persegi bagi menawarkan pengalaman beli-belah lebih baik.

Ia termasuk pelbagai pilihan produk elektrik dan elektronik, gajet, perabot dan kelengkapan tempat tidur.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, pihaknya sudah melakukan banyak usaha untuk mencipta suasana sempurna bagi pelanggan untuk berbelanja.

"Kami menampilkan perincian mulai dari merchandising (pembarangan) hingga kaunter barangan, perancangan ruang, pencahayaan kedai dan banyak lagi.

"Dengan pengenalan susun atur kedai baru, pelanggan kini dapat berbelanja di persekitaran yang jauh lebih luas dan selesa," katanya dalam satu kenyataan.

Selain susun atur baru, kedai yang baru diubah suai ini juga mempunyai jenama baru seperti siri Vax Vacuum, gajet terkini seperti iPhone 12 dan Sonos Arc.

Menurutnya, pelanggan juga boleh membuat keputusan lebih tepat dalam membeli peralatan memasak dan peralatan tempat tidur dengan nasihat dan cadangan profesional daripada pakar di Harvey Norman.

Beliau berkata, bagi pelanggan yang ingin membaik pulih kediaman mereka dengan suasana bergaya dan kontemporari dengan harga yang berpatutan.

Katanya, Harvey Norman mempunyai dua rangkaian perabot iaitu rangkaian Gaya Hidup menawarkan kesederhanaan dan gaya asas perabot rumah.

Koleksi Lifestyle Plus untuk mereka yang mencari ciri tambahan untuk keselesaan kediaman mereka.

"Terdapat juga pilihan rangkaian sofa yang baru dilancarkan untuk mereka yang memilih penampilan yang lebih premium dan elegan.

"Kedai kami terus melakukan tindakan pencegahan Covid-19 yang ketat termasuk penjarakan fizikal dan pembasmian kuman biasa. Jadi, pembeli dapat membeli barang keperluan rumah dengan selamat bersama kami," katanya.

Di Harvey Norman Sunway Pyramid Grand Reopening, terdapat banyak produk elektrik dan elektronik, gajet, perabot dan juga kelengkapan tempat tidur.

Ia ditawarkan pada harga diskaun dan menerusi tawaran khas setiap jam, berlangsung hingga 3 Januari ini.

Pembelian juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi www.harveynorman.com.my.

Disiarkan pada: January 2, 2021 @ 9:30am
d