bisnes

Affin tawar moratorium 6 bulan kepada pelanggan terjejas banjir

Oleh Bisnes hmetro

Kuala Lumpur: Affin Bank Bhd dan Affin Islamic Bank Bhd menawarkan moratorium enam bulan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir menerusi Program Bantuan Kewangan dan Bantuan Ansuran (FAIR).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, menerusi program bantuan kewangan FAIR itu, pelanggan boleh menangguhkan pembayaran pinjaman mereka selama enam bulan sekiranya mereka terjejas akibat banjir.

"Kami juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan dan angkatan tentera untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir," katanya dalam kenyataan.

Kumpulan itu juga akan menyumbang sejumlah RM500,000 untuk pelbagai inisiatif berkaitan kemanusiaan dan perubatan kerajaan bagi membantu mangsa banjir.

Untuk memohon program bantuan kewangan itu, pelanggan diminta menghubungi bank di talian 03-8230 2222, atau kunjungi cawangan Affin Bank atau Affin Islamic Bank terdekat, atau e-mel kepada yourvoice@affinbank.com.my.

Maklumat lanjut mengenai Program FAIR boleh didapati di laman sesawang www.affinbank.com.my, www.affinislamic.com.my, atau www.affinonline.com.

Disiarkan pada: January 13, 2021 @ 7:34am
d