bisnes

Tawar 10,000 barang runcit

Oleh Bisnes Metro

Kuala Lumpur: Lazada Malaysia menyaksikan ribuan pekedai runcit bersiap sedia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dengan lebih 10,000 barangan runcit dan pelbagai barangan keperluan penting disediakan secara teratur menerusi laman khusus Keep Calm and Shop from Home di platform berkenaan.

Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia Sherry Tan berkata, barangan keperluan di laman itu merangkumi sayur, buah, daging, makanan laut dan bahan masakan lain yang segar dari ladang selain barangan keperluan harian seperti pelitup muka, produk kebersihan dan makanan haiwan peliharaan.

"Kami sentiasa berdiri teguh bersama rakan perniagaan kami untuk memenuhi keperluan harian pelanggan yang semakin meningkat. Purata jualan harian kategori barangan runcit di Lazada mencatat peningkatan lebih 170 peratus tahun ke tahun sepanjang 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, beliau berkata, baucar penghantaran percuma harian dan diskaun sehingga 50 peratus ditawarkan di laman Keep Calm and Shop from Home Lazada.

"Penjual barangan segar dan makanan sejuk terpilih turut menyediakan penghantaran 24 jam dan 48 jam sepanjang PKP 2.0. Segala barang keperluan rakyat dihantar terus ke rumah setiap hari secara pantas," katanya.

Sempena Tahun Baru Cina, Lazada Malaysia tampil dengan Jualan Lazada CNY yang bermula dari 25 hingga 27 Januari 2021, bagi mendapatkan tawaran tiada tandingannya untuk yee sang, abalone, cheongsam, perhiasan rumah dan pelbagai barangan kegemaran tempatan.

Disiarkan pada: January 23, 2021 @ 7:00am
d