bisnes

Felda beli 4.63 juta lagi saham FGV

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bertindak membeli 4.63 juta lagi saham-saham FGV Holdings Bhd (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada harga tawaran RM1.30 sesaham.

Dalam kenyataan hari ini, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) yang juga penasihat prinsipal Felda dalam tawaran pengambilalihan saham-saham FGV berkata, pembelian itu telah dilakukan semalam.

Menurut Maybank IB, pembelian terbabit juga merangkumi semua saham-saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjangnya.

Pada 8 Disember 2020, Felda mengumumkan hasrat untuk membuat tawaran pengambilalihan mandatori kepada pemegang saham minoriti FGV pada RM1.30 sesaham sekiranya ia dapat meningkatkan pegangannya dalam FGV.

Susulan pembelian itu, kepentingan Felda sebanyak 21.24 peratus dalam FGV kini meningkat kepada 35.12 peratus.

Pada Selasa, Felda turut membeli kesemua baki saham dalam FGV Holdings Bhd berjumlah 461,500 unit (kecuali saham perbendaharaan) daripada pasaran terbuka pada RM1.30 bagi setiap tawaran saham.

Disiarkan pada: February 4, 2021 @ 2:48pm
d