bisnes

Sahi sasar 80,000

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

SAHI Elements Sdn Bhd optimis menyasarkan peningkatan jualan tiga kali ganda kepada 80,000 unit produk Sahi Sarang Burung (Sahi) menjelang akhir tahun ini.

 Pengasasnya, Norelissa Idayu Zainal Abidin berkata, pihaknya yakin menerusi kualiti sarang burung premium yang terdapat pada produknya jumlah disasarkan itu mampu dicapai.

  Katanya, selain itu pertumbuhan usahawan Sahi yang berkembang positif sejak awal tahun ini menyokong lagi sasaran syarikat.

  "Sejak tiga tahun Sahi berada di pasaran, inisiatif syarikat untuk menghasilkan sarang burung dalam bentuk tablet kunyahan berperisa laici mendapat tempat di hati pengguna di negara ini.

  "Kandungan sarang burung yang tinggi dalam setiap tablet kunyahan ini juga menyebabkan Sahi berjaya menguasai pasaran produk sarang burung di Malaysia.

  "Malah, Sahi sudah berada di pasaran Singapura serta Brunei dan kami merancang menembusi pasaran Australia pada Jun 2021, namun ia masih dalam proses rundingan," katanya kepada Bisnes Metro.

  Menurutnya, setakat ini, Sahi mempunyai 80 ejen dan rata-rata berjaya mencapai pendapatan tetap lima angka sebulan dan bagi 2021 pihaknya menyasarkan 300 ejen di seluruh negara.

   Norelissa berkata, pihaknya sentiasa membuka peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi usahawan bersama Sahi dengan modal serendah RM184.

Katanya, pihaknya akan membimbing usahawan Sahi termasuk tunjuk ajar serta menyediakan bahan pemasaran, selain peluang menerima insentif bulanan, tahunan serta bonus tambahan.

   "Tahun ini, kami juga merancang untuk mengeluarkan produk baharu dan ia masih dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)," katanya.

Disiarkan pada: February 15, 2021 @ 7:20am
d