bisnes

Hotel SCAPES projek baharu LBS

LBS Bina Berhad (LBS) memperkenalkan projek baharunya, Hotel SCAPES di Genting Highlands, Pahang.

Hotel 10 tingkat baharu itu terdiri daripada 176 bilik di kawasan utama tanah tinggi Pahang.

Hotel SCAPES turut menawarkan lokasi menarik yang berhampiran tempat tumpuan pelancong.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, antara kemudahan ditawarkan termasuk gimnasium, kolam renang, kolam kanak-kanak, jakuzi luar dan zon permainan bagi kanak-kanak.

Katanya, tetamu yang menginap di hotel boleh menikmati semua kemudahan itu sebelum meneroka kawasan utama tumpuan pelancong berhampiran termasuk padang golf, taman tema, gedung membeli-belah Premium Outlet dan peluang merasai pengalaman kereta kabel yang menyeronokkan.

"Pembukaan hotel ini menandakan pertumbuhan berterusan portfolio hartanah LBS.

"Kami berbangga dengan prapelancaran sulung Hotel SCAPES @ Midhills, dan kami percaya ia bakal memberi pengalaman dan memori indah kepada bakal pengunjung," katanya.

Sempena prapelancaran Hotel SCAPES ini, LBS mengalu-alukan semua kakitangan kerajaan bagi menikmati pengalaman menginap di hotel yang berkonsepkan keindahan flora dan fauna dengan tawaran eksklusif bagi bilik Deluxe, dengan hanya RM190 bersih untuk satu malam termasuk sarapan bufet.

Tawaran ini satu inisiatif LBS bagi menghargai segala jasa dan penat lelah kakitangan barisan hadapan yang bertungkus-lumus bertugas menangani penularan Covid-19.

"Tawaran ini bermula dari Mac sehingga September 2021. Sebarang tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +603 6106 0833 atau e-mel di reservation@scapeshotel.com," katanya.

Disiarkan pada: February 15, 2021 @ 7:30am
d